“Saya bagi 6! tinggi sikit” – Ernie Zakri Bagi Markah Kat Siapa Tu?

Entertainment
7 Feb 2022 • 4:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam telah bermulanya acara Big Stage bagi tahun 2022, satu program yang menghimpunkan bintang-bintang baru untuk mereka berentap yang diadili oleh juri profesional tetap yang dibarisi oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan komposer terkenal, Ajai.

Pada malam minggu pertama, satu kejutan telah berlaku apabila peserta ke 12 yang selama ini identitinya dirahsiakan akhirnya diketahui.

 

Terlalu banyak talents hebat di Malaysia – Ernie

Umumnya, ramai dah tahu bahawa bekas pembantu peribadi pengasas produk Dato’ Seri Vida, Iqbal Zulkefli adalah peserta tersebut, selain netizen, ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi ramai pihak saat dia menyanyikan lagu Biarlah Bulan Bicara, nyanyian Broery Marantika.

DSV yang selaku presiden netizen pada malam itu dilihat begitu terkejut, rasanya tak perlu lagi cerita pasal hal mereka ni, mesti ramai dah tahu.

Para juri yang mengadili peserta pada malam minggu pertama itu pun tergamam sampai TokTi sendiri dilihat seperti buntu untuk memberikan markah.

Malam tu Iqbal dapat 5 markah, TokTi 25, Aliff Aziz selaku juri jemputan pun bagi 22 markah.

Berbalik kepada reaksi pihak lain yang menontonnya, dilihat penyanyi lagu Boneka, Ernie Zakri dikatakan ada memberi markah kepada salah seorang peserta. Walaupun tak disahkan, ramai yang anggap ianya ditujukan kepada peserta ke 12 itu.

Ernie menyatakan bahawa terdapat ramai individu yang berbakat di Malaysia dan memberikan sebanyak 6 markah kepada peserta tersebut, lagi tinggi daripada yang diberikan oleh juri.

Jika diperhatikan pada waktu itu Ajai memberikan 5 markah kepada Iqbal.

Dalam pada itu, Ernie juga ada retweet satu tweet daripada Syamel yang turut speechless dengan ‘kejutan’ tersebut.

Markah yang diberikan oleh Ernie yang diberikan menerusi Twitter miliknya telah meraih lebih daripada 1,700 jumlah retweets.

Dalam pada itu, ramai netizen yang sokong dengan kata-kata Ernie dan memberikan respon sinis mengenai kejadian pada malam itu.

Apapun, harap dapat lah diperbaiki lagi persembahan Iqbal pada malam itu jika betul-betul serius ingin berkecimpung dalam industri muzik.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.