“Satu sek rendah dulu” – Ibu 44 Tahun Kahwin Dengan Pemuda 29 Tahun Curi Tumpuan

Entertainment
3 Feb 2022 • 9:31 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ini baru lah betul dikatakan jodoh tak kenal usia, tak semestinya lelaki kena lagi tua daripada wanita, banyak juga kes-kes isteri umurnya jauh lebih tua daripada suami macam kes ini.

 

“Ayah baru 29 tahun, satu sek rendah dulu”

Satu video viral di TikTok malam tadi telah meraih perhatian netizen sehinggakan dapat 1.1 juta tontonan dalam masa 8 jam ia dikongsikan.

Dalam video yang dikongsikan oleh @loyssss1 ini, ibunya dikatakan baru sahaja melangsungkan perkahwinan bersama jejaka hatinya. Apa yang menarik perhatian warganet adalah, ibunya yang berumur 44 tahun ini berkahwin dengan jejaka berusia 29 tahun. Lebih tertarik lagi adalah, dikatakan si ‘ayahnya’ itu sama sekolah rendah.

@loyssss1

Selamat pengantin baru mak.

♬ umbrella slowed – xxtristanxo

Selain daripada kagum dengan hubungan mereka dan anak yang begitu supportive, ramai wanita terpukau melihat raut wajah si ibu yang awet muda, sekali pandang memang tak percaya yang umur dah masuk 44 tahun. Malah ramai juga dalam kalangan wanita kongsikan situasi sama dimana umur suami jauh lebih muda darinya.

 

Jodoh itu rahsia Allah- Netizen

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Ramai juga netizen yang nak tahu macam mana perkenalan mereka. Jadi kalau sesiapa yang single jangan risau okay, mungkin jodoh korang tu baru nak belajar berjalan.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.