Remaja 15 tahun rogol teman wanita ditahan

18 Feb 2022 • 5:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

AMPANG - Seorang remaja 15 tahun yang didakwa merogol teman wanita berusia 14 tahun sehingga mengandung ditahan di sekitar Pandan Indah, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ibu mangsa hanya menyedari anaknya itu mengandung pada 13 Februari lalu.

"Pada pertengahan bulan Disember 2021 mangsa seorang pelajar perempuan berusia 14 telah berjumpa dengan teman lelakinya (suspek) di Pandan Indah.

"Dalam perjumpaan berkenaan, suspek didakwa telah merogol mangsa sebanyak dua kali," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, suspek yang merupakan seorang pelajar direman tiga hari bermula Jumaat.

"Kes telah disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved