Exco Kelantan, Dr Izani Positif COVID-19

20 Feb 2022 • 1:45 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Dr Izani Husin - Gambar fail

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin disahkan positif COVID-19 sejak Selasa lepas.

Menurut kenyataan media pejabatnya di laman Facebook, beliau kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

"Semoga Allah SWT memberi kesembuhan dan memudahkan urusan kita semua. Terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi kebaikan bersama," menurut kenyataan itu, semalam.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook, anak Dr Izani, Shahid, memaklumkan bahawa ibu bapanya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Semoga Allah memberi kekuatan untuk ayah dan umi yang diuji dengan COVID-19. Sekarang (mereka) dirawat di ICU HRPZ II.. Sama-sama doakan kesihatan ayah (dan) umi,'' katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved