“Bila tanya takde masalah”- Owner Kedai ‘Menyirap’ Dianiaya Customer Sengaja Bagi ‘Rating’ Jualan Rendah

Entertainment
24 Feb 2022 • 1:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang kan kalau beli barang dekat Shopee, korang rate tak seller tu? Atau kalau korang dapat barang tapi ada problem, korang reach balik tak seller tu? Ke korang terus bagi dia 1 star je?

Bila bercakap tentang rating produk di Shopee, selalunya apa yang menyebabkan customer beri rating rendah pada penjual ya?

Kalau memang kesalahan daripada pihak penjual itu sendiri, memang selayaknya lah kan dapat rating yang rendah. Tetapi, perkongsian daripada seorang penjual barangan online ni lain pula kisahnya. Customer dia sengaja bagi rate rendah tanpa alasan!

“Ingat senang ke nak dapat perfect rating? Kitorang susah payah pastikan barang orang semua quality tip top, mai pula orang macam kau ni main-main”

Menurut perkongsian daripada saudari Piryanka menerusi akaun Twitternya, dia berasa sangat ‘frust’ apabila ‘dianiaya’ oleh pelanggan itu.

Jika dilihat daripada screenshot perbualan mereka, pemilik Kedai Turu ini telah bertanya kepada pelanggan kenapa dia memberi hanya 3 bintang je sedangkan barang telah sampai dalam tempoh masa 3-5 hari dan pihak kedai juga telah membuat quality check sebelum hantar.

Tetapi, dengan mudah pelanggan tersebut menjawab “entah”. Sebagai penjual, sikap pelanggan macam ni lah yang banyak buatkan mereka cepat ‘down’ untuk teruskan menjual.

Di ruangan komen, ada juga seller yang berkongsikan nasib yang sama, tetapi ada juga yang memberi tips kepadanya untuk atasi masalah macam ni lagi.

image is not available

Korang lepasni kalau beli barang dekat Shopee lagi jangan lah suka-suka bagi rating rendah dekat sellers. Melainkan kalau memang betul ada problem dengan barang yang korang beli tu. Ingat tau!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.