Wanita Pasang Niat Tunai Umrah, Menabung Duit Syiling 3 Tahun Hingga Cecah RM20K!

Entertainment
9 Feb 2022 • 1:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Itulah yang berlaku kepada seorang wanita daripada Indonesia ini apabila dia telah menyimpan duit syiling berbungkus-bungkus banyaknya selama 3 tahun.

Menerusi perkongsian Instagram @sambasinformasi, wanita yang berasal dari Kalimatan Barat tersebut telah mengumpul duit syiling sebanyak 65 juta Rupiah yang mana bersamaan RM18,911. Fuh banyakk!

Lebih menyentuh hati, duit itu menurutnya bakal digunakan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci tidak lama lagi. Syukur Alhamdulillah…

Menerusi gambar dan video di posting itu juga dapat dilihat orang ramai yang berkemungkinan sanak saudara wanita berkenaan berusaha mengeluarkan duit syiling dari bekas simpanan dan ada juga yang membantunya mengira jumlah wang.

image is not available

image is not available

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen positif netizen yang mana terinspirasi dengan kegigihannya dalam mengumpul wang demi niat yang mulia.

Jom mula menabung dari sekarang! Duit syiling pun kalau disimpan setiap hari boleh cecah puluhan ribu ringgit ye macam makcik di atas ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article