PICKids Labuan berlangsung sebulan

8 Feb 2022 • 3:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) yang bermula di sini pada Isnin dijangka berlangsung selama sebulan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari (gambar).

Beliau berkata, program imunisasi itu akan melibatkan sekurang-kurangnya 11,600 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun.

“PICKids ini walaupun atas dasar sukarela, kami menggalakkan ibu bapa membenarkan anak-anak mereka diberikan vaksin,” katanya kepada Bernama selepas melancarkan PICKids di Hospital Labuan di sini pada Isnin.

Beliau berkata pusat pemberian vaksinasi (PPV) sedia ada di Dewan Darul Kifayah akan digunakan untuk pemberian vaksin yang beroperasi sehingga 8 malam pada hari bekerja.

“Kami boleh menubuhkan PPV lain seperti yang dipersetujui Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lada dan SK Pekan 2 untuk melancarkan proses pemberian vaksin.

“Kami akan terus memberi kesedaran tentang kepentingan mendapatkan vaksin untuk kanak-kanak termasuk mengadakan sesi penglibatan dengan ibu bapa dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta menjalankan sesi kaunseling,” katanya.

Dr Ismuni berkata sesi soal jawab secara langsung di Facebook juga akan dijalankan minggu depan untuk ibu bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang PICKids.

“Program PICKids penting untuk kanak-kanak memandangkan trend peningkatan dalam kes Covid-19,” katanya sambil menambah bahawa kanak-kanak juga boleh mendapatkan vaksin di klinik swasta yang dibenarkan melalui janji temu.

Terdahulu semasa pelancaran program itu, seramai 20 kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun menerima suntikan mereka.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.