SPRM kesan Woo Kin Soon bantu siasatan kes rasuah di mahkamah

9 Feb 2022 • 5:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

IPOH - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak sedang mengesan seorang individu bagi membantu perbicaraan satu kes rasuah di mahkamah.

Individu itu dikenali sebagai Woo Kin Soon, 37.

"Lelaki terbabit mempunyai alamat terakhir di No 989, Kampung Baru Bukit Merah, 31500, Lahat, Perak,” menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM pada Rabu.

Kenyataan itu menyebut orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Kin Soon diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Nurul Liana Semsudin di talian 019-9844 316 atau 05-5267 000.

Difahamkan, Kin Soon diperlukan untuk memberi keterangan dalam satu kes rasuah dan dia dikategorikan sebagai saksi penting. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved