“Air paras dada tu!” – [VIDEO] Ramai Terhibur Lelaki Jadi ‘Wartawan Live’ Lapor Banjir Di Terengganu

Entertainment
28 Feb 2022 • 12:57 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita tahu, baru-baru ini kawasan Pantai Timur terutama di negeri Kelantan dan juga Terengganu dilanda banjir teruk yang disebabkan hujan lebat tanpa henti selama dua hari berturut-turut.

Malah, ada beberapa kawasan perumahan dinaiki air sehingga menyebabkan orang ramai terpaksa menyelamatkan diri ke tempat yang tinggi. Boleh dikatakan setiap update juga dikongsikan oleh pengguna-pengguna media sosial terutamanya di Twitter.

Dalam banyak-banyak perkongsian yang dibuat itu, ada satu tweet dari @kamarul14 yang menarik perhatian netizen kerana ‘update live’ yang diberikan oleh seorang penduduk yang terjejas di Kuala Berang, Terengganu.

Lebih mengejutkan, ketika video itu dirakam, lelaki itu berada di tengah-tengah kawasan banjir malah air telah sampai ke paras dadanya! Bukan itu sahaja, dalam jadi ‘wartawan’ yang melaporkan keadaan semasa, slang lelaki ini dalam loghat Ganung juga mendapat pujian ramai.

“Macam mana dia boleh rilek jadi wartawan? Siap pekat lagi haa Ganu dia!” – Komen netizen di Twitter

“Taktau nak kena risau lebih ke nak kena gelak ni…”

Pun begitu, dalam kerisauan orang ramai menyaksikan keadaan secara langsung di kawasan Kuala Berang itu, tak ketinggalan juga netizen yang turut terhibur dengan aksi bersahaja lelaki itu dalam menyampaikan berita.

image is not available

Ini kerana dirinya dilihatkan bersungguh-sungguh dalam membuat laporan tentang keadaan semasa walaupun dalam keadaan hujan dan juga kelajuan air boleh dikatakan deras. Ada yang kata boleh pergi jauh adik ni. Video tu pun dah cecah lebih 100K tontonan!

Apa-apa pun min doakan semoga kawasan-kawasan yang terjejas akan cepat surut ya! Harapnya tak teruk lagi lah hujan kat sana…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved