“Jangan buat andaian” – Dituduh ‘Cucuk Angin’ Ketika Suntik Anak KJ, Ini Penjelasan Jururawat…

16 Feb 2022 • 1:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) telah dituduh dengan pelbagai dakwaan seperti tidak mengambil vaksin dan macam-macam lagi.

Malah, ketika Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) dijalankan, ada yang meminta agar Menteri Kesihatan ini tunjuk dulu bukti bahawa anaknya juga akan diberikan vaksin.

Bagi menggalakkan pengambilan vaksin, baru-baru ini KJ telah menunjukkan gambar anak bongsunya Raif yang berusia enam tahun telah pun menerima vaksin melalui program PICKids.

image is not available

Bagaimanapun, tular di media sosial video berdurasi 10 saat menunjukkan Raif disuntik vaksin namun ada individu mendakwa dos tersebut telah dibuang terlebih dahulu sebelum jururawat bertugas menyuntik lengan anak Menteri Kesihatan ini.

Namun menerusi Twitter, KJ telah membidas dakwaan tersebut dan memberi amaran supaya golongan antivaksin tidak mengganggu ibu bapa yang mahu vaksinkan anak mereka.

Jururawat bertugas beri penjelasan

Manakala melalui Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula, jururawat yang bertugas menyuntik vaksin kepada Raif pula telah menafikan dakwaan mengatakan bahawa dia membuang dos di dalam picagari.

Tapi kita kena berinteraksi dengan kanak-kanak sebab faham dia punya ketakutan terhadap jarum dan saya terpaksa pegang mereka agar tidak lari atau bergerak.

“Saya tidak akan tunjukkan jarum itu kerana kanak-kanak akan jadi takut dan saya terpaksa letakkan tangan saya ke bawah dan cuba alih perhatian mereka seperti menyuruh mereka mengira satu hingga 10.

“Apabila mereka dah selesa baru saya akan menyuntik vaksin ke lengan mereka serta tunjukkan picagari itu semula kepada ibu bapa.”

Selain itu, jururawat ini juga turut merayu kepada orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai perkara seperti itu.

Tolong, tolong, tolong, jika anda tidak tahu jangan buat andaian dan jangan tuduh kerana ini melibatkan kehidupan orang.

“Jika perkara ini jadi kepada diri anda, apa yang anda rasakan? Tidak selesa, sakit hati dan geram.

“Kalau anda tidak mahu ambil vaksin COVID-19 tidak mengapa, tetapi jangan tuduh orang secara tidak berasas seperti itu.”

Menjawab Tuduhan Pembuangan Vaksin Semasa Anak YB Menteri Kesihatan Divaksin

Kenyataan jururawat yang memberikan vaksin kanak-kanak kepada anak YB Menteri Kesihatan baru-baru ini.Hentikan pertuduhan tidak berasas terhadap petugas kesihatan yang hanya melakukan tugas mereka demi melindungi orang ramai.

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, February 15, 2022

KJ puji tindakan jururawat

Mengesahkan penjelasan dari jururawat ini, KJ mengatakan, taktik yang digunakan seperti tidak menunjukkan jarum itu sangat berkesan untuk tenangkan anaknya. Menteri ini juga turut mendoakan supaya semua doktor dan jururawat yang terlibat dalam PICKids ini dilindungi dari fitnah.

image is not available

Ada je netizen ni tau, bila tak tunjuk cakap tak buat. Bila dah tunjuk cakap tipu pulak. Ni dah beri penjelasan ni, mesti ada lagi tuduhan lain. Biasalah, bukan senang nak puaskan hati orang…

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.