Sabah catat 5,565 kes baharu, 2,152 kes sembuh

19 Feb 2022 • 2:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sabah merekodkan 5,565 kes baharu Covid-19 pada Jumaat, peningkatan 771 kes berbanding Khamis lepas.

Jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata jumlah itu adalah angka tertinggi yang pernah dicatatkan di negeri ini.

“Sabah turut merekodkan 2,152 kes sembuh hari ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau menambah, 2,960 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,414 orang di hospital, 1,287 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 258 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan satu (1) orang di fasiliti swasta.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 50 orang merangkumi 42 di ICU serta lapan di ward terbuka. 27 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya sebelum menambah, Sabah turut merekodkan enam kes kematian masing-masing satu di Tawau, Tuaran, Semporna, Penampang, Kota Belud dan Papar.

Beliau menambah, jumlah kes yang berpunca dari jangkitan dalam komuniti atau sporadik ialah 62.43 peratus atau 3,474 dari 5,565 kes pada Jumaat.

“Jangkitan dalam komuniti (sporadik) lazimnya tidak diketahui punca jangkitan atau di mana jangkitan berlaku dan dikategorikan sebagai Kes Bergejala.

“Kes jangkitan sporadik yang tinggi adalah petanda jelas bahawa virus ini sudah menyebar ke seluruh komuniti dan bukan lagi tertumpu di lokaliti-lokaliti tertentu,” katanya.

Masidi turut memaklumkan mengenai dua kluster baharu institusi pendidikan iaitu Kluster Kg Lampada di Kota Marudu dan Kluster Bukit Langsat di Keningau.

“Jumlah keseluruhan kluster di Sabah setakat ini ialah 42 kluster dengan satu) kluster yang diisytihar tamat semalam iaitu Kluster Sg Trayon di Kinabatangan.

Menurut Masidi Kluster Kampung Lampada adalah kluster melibatkan warga SK Lampada, Kota Marudu.

“Jumlah kumulatif kluster ini setakat Jumaat ialah 25 kes,” katanya.

Kluster Bukit Langsat pula melibatkan pelajar di dalam Asrama Perempuan, Blok Cempaka dan Blok Dahlia, Institut Pengajian Guru (IPG) yang turut merekodkan 25 kes positif setakat Jumaat, katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.