Apple Menyaman Syarikat Yang Menerbitkan Filem Apple-Man

TechnologyDigital
2 Feb 2022 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Harta intelek ialah isu yang serius lebih-lebih lagi sekiranya ia dimiliki oleh syarikat yang nilainya mencecah trilion ringgit seperti Apple. Terkini Apple memfailkan saman untuk menghalang pembikin filem dari Ukraine yang ingin menerbitkan filem Apple-Man. Filem parodi ini berkisar mengenai seorang adiwira yang mempunyai kuasa menentang musuh dengan buah epal.

Walaupun filem tidak langsung berkaitan dengan syarikat Apple, Apple Inc menentang penggunaan nama Apple dalam tajuk filem. Pengarah filem ini Vasyl Moskalenko berkata tentangan Apple ini adalah tidak berasas sama sekali kerana penggunaan nama Apple-Man telah diluluskan oleh pejabat paten dan tanda dagang Amerika Syarikat (USPTO).

Filem indie dari Ukraine ini berjaya mengumpul dana €101,717 untuk memulakan penggambaran menerusi laman biayasama Kickstarter. Berdasarkan trailer ini jelas sebuah filem komedi murahan dan dengan tindakan menyaman pembikinnya Apple secara tidak langsung memberikan ia publisiti percuma.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved