5 Tips Mudah untuk Mengurangkan Sakit Leher ketika Bekerja dari Rumah

Health & Fitness
25 Feb 2022 • 9:00 AM MYT
Duan Deris
Duan Deris

Duan Deris adalah pekebun separuh masa dan penulis bebas di cariblogger.com

image is not available

Sejak berlakunya penularan wabak COVID-19, amalan bekerja dari rumah ataupun popular dengan singkatan nama BDR sudah menjadi norma baharu buat kebanyakkan rakyat Malaysia.

Malangnya, akibat persekitaran kerja yang tidak kondusif, ramai dikalangan kita yang mungkin mengalami masalah sakit leher ketika bekerja dari rumah. Meskipun tidak kritikal, masalah sakit leher ini secara tidak langsung akan menganggu kualiti kerja seseorang.

Menurut portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia (MyHEALTH), antara punca utama sakit tengkuk adalah disebabkan oleh keadaan postur yang tidak baik, ketidakseimbangan otot, kekurangan stabiliti otot tengkuk serta kecederaan ‘whiplash’ (Sumber).

Berikut adalah 5 tips mudah untuk mengurangkan masalah sakit leher ketika bekerja dari rumah untuk rujukan kita bersama. Jika ianya bermanfaat, mohon untuk kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan dan taulan.

image is not available
Photo by Yasmina H on Unsplash

1. Pastikan amalan posisi postur yang betul ketika bekerja

Ketika di pejabat, kerusi dan meja yang digunakan adalah jenis yang ergonomik dan selesa. Manakala di rumah, mungkin sebahagian daripada kita yang hanya bekerja di ruang tamu mahupun di meja makan yang semestinya tidak mempunyai fungsi ergonomik yang betul.

Menurut laporan oleh Sinar Harian, faktor ergonomik yang kurang ideal ini boleh menyebabkan posisi postur yang tidak neutral seperti membongkok yang seterusnya akan memberi tekanan berlebihan dan akhirnya menyumbang kepada kesakitan (Sumber).

Jadi untuk mengurangkan masalah sakit leher, kita harus memastikan amalan postur yang betul ketika bekerja dengan mengunakan kerusi dan meja kerja yang ergonomik.

2. Sentiasa lakukan regangan secara berkala

Berdasarkan artikel yang diterbitkan MyHEALTH, berikut adalah beberapa jenis mekanisma senaman regangan untuk bahagian leher yang boleh kita lakukan secara berjadual ketika dalam posisi duduk ataupun berdiri.

Extensor Stretch
Cara-cara: Tundukkan kepala, bawa dagu ke dada. Tahan untuk 30 saat.

image is not available

Side Bend
Cara-cara: Bawa telinga dekat ke bahu dan tahan untuk 30 saat.

image is not available

Rotation
Cara-cara: Pusingkan kepala perlahan-lahan ke tepi dantahan sampai kiraan 30 saat.

image is not available

3. Jangan duduk terlalu lama. Sentiasa lakukan pergerakan

Duduk terlalu lama akan menimbulkan keadaan kekejangan ‘myofascial’, ketidakseimbangan sendi, kelemahan otot dan ketidakstabilan pada bahagian belakang. Tubuh akan memberi reaksi rasa tegang, kaku secara keseluruhan disusuli dengan rasa sakit dan lama-kelamaan gangguan fungsi pada bahagian struktur berkenaan (Sumber).

Berdasarkan kenyataan di atas, terdapat banyak kesan negatif jika kita duduk terlalu lama tanpa melakukan sebarang pergerakan dalam satu tempoh masa. Jadi amatlah disarankan agar kita sentiasa melalukan pergerakan ketika sedang bekerja dari rumah.

4. Tidur dengan cukup

Selain faktor yang melibatkan posisi struktur dan pergerakan, tidur yang cukup juga sangat penting untuk memastikan badan kita mendapat rehat yang optimum.

Menurut artikel yang diterbitkan oleh Harvard Medical School, tidur boleh memainkan peranan dalam ‘musculoskeletal pain‘, termasuklah sakit leher dan bahu. Antara penjelasan yang logikal adalah gangguan tidur mungkin boleh mengganggu kelonggaran otot dan penyembuhan yang biasanya berlaku semasa tidur (Sumber).

5. Tuam leher dengan ice pack ataupun hot pack

Antara beberapa teknik pengurusan sakit leher yang disarankan oleh MyHEALTH adalah dengan menggunakan Ice pack ataupun Hot pack.

Ice Pack
Disarankan untuk mengurangkan sakit leher yang akut.

Cara-cara:

  • Balut ice pack dengan kain basah.
  • Tuam di bahagian leher yang sakit selama 15 minit.

Hot Pack
Disarankan untuk mengurangkan sakit leher yang kronik dan berulang.

Cara-cara:

  • Balut hotpack menggunakan lapisan tuala secukupnya (pasti tidak terlalu panas).
  • Tuam di bahagian yang sakit selama 20 minit.
  • Pastikan bahagian yang sakit tidak disapu dengan minyak panas sebelum hot pack diletakkan.


Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.