
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menutup sementara operasi Pejabat Utama DBKK Jalan Bandaran dan Pejabat DBKK, Tingkat 7, Centre Point pada Isnin (7 Feb).
Mayor Datuk Noorliza Awang Alip, dalam satu kenyataan, pada Ahad, berkata penutupan sementara itu dilakukan untuk memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja disinfeksi.
"Operasi pejabat akan dibuka semula seperti biasa pada Selasa," kata beliau.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan atau aduan, hubungi hotline WhatsApp DBKK di talian 012-2220220.

