“Pakat gi cocok deh” – KJ Risau ICU Makin Penuh, Kecek Kelate Mintak Rakyat Di Sana Ambil Vaksin & Booster

28 Feb 2022 • 1:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Untuk pengetahuan korang, penggunaan katil bagi kes kritikal Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Kelantan telah meningkat sebanyak 94 peratus.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kelantan merupakan negeri dengan peratusan tertinggi penggunaan katil diikuti dengan Melaka 71 peratus, Johor (67%), Kuala Lumpur (58%) dan Putrajaya (50%), lapor Berita Harian.

Bagi penggunaan katil bukan ICU pula, Kelantan kekal mencatatkan peratusan tertinggi dengan penggunaan katil melebihi 113 peratus iaitu sebanyak 439 katil diperuntukkan namun sudah menggunakan sebanyak 494 katil.”

image is not available

Manakala sebentar tadi, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah meluahkan kebimbangan beliau dengan peningkatan kes ICU di negeri Kelantan ini menerusi Twitter peribadinya.

Menurut Khairy, Kelantan merupakan negeri paling rendah mengambil dos penggalak sehinggakan ICU di sana hampir penuh. Disebabkan ini, beliau telah menggunakan dialek Kelantan untuk meminta rakyat di sana mengambil vaksin.

Loloni Kelate paling rendah skali ambik booster, ambo rusing, ICU sana koho penuh. Ambo mitok sangat puok kita di Kelate pakat cocok vaksin & booster.

@KKMPutrajaya saye ore Kelate. Pakat gi cocok deh.”

Selain itu, Menteri Kesihatan ini turut kongsikan peratusan pengambilan booster bagi setiap negeri. Dari carta yang dikongsikan, dapat dilihat Kelantan merupakan negeri paling rendah dengan hanya 22.7% sahaja yang mengambik booster diikuti dengan Sabah (24.7%) dan Perlis (36.1%).

Ciapan Khairy dalam dialek Kelantan ini telah mencuit hati netizen dan pada masa yang sama turut memuji effort menteri ini untuk kecek Kelate walaupun loghatnya tak berapa betul.

image is not available

Harapnya lepas KJ dah kecek kelate ni makin ramailah orang Kelantan faham kepentingan booster ni.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.