1,626 hilang tempat tinggal di Kudat

18 Feb 2022 • 3:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUDAT: Seramai 1,626 orang kehilangan tempat tinggal selepas 120 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Landung Ayang Laut, dekat sini, Rabu lepas.

Penolong Pengarah Bahagian, Pejabat Kebajikan Bahagian Kudat, Bani Irman Matin, berkata kesemua mangsa kini ditempatkan di Dewan Tun Mustapha di sini.

Menurut Bani, daripada jumlah tersebut, 472 adalah orang dewasa, 73 warga emas, 293 kanak-kanak dan 18 bayi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat Ishak Jabas berkata seramai 48 anggota termasuk Bomba Bantuan dan anggota daripada Balai Bomba Kota Marudu dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurut Ishak, Balai Bomba Kudat menerima panggilan kecemasan daripada MERS999 berhubung kejadian pada jam 4.26 petang dan sebuah lori tangki, tiga jentera, sebuah EMRS dan sebuah kenderaan utiliti termasuk dari Balai Bomba Kota Marudu, digerakkan ke lokasi kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut, sementara punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Operasi ditamatkan pada jam 8.17 malam. Turut membantu dalam operasi tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Rela dan SESB.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.