
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar telahpun disahkan positif wabak dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumahnya.
Menurut laporan Harian Metro, Izzah telahpun menjalani kuatantin sejak 6 Februari lepas setelah laporan ujian PCR Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT PCR) diperoleh.
Nurul Izzah juga bersyukur kerana berada dalam keadaan yang baik dan cuma mengalami simptom ringan biasa seperti lesu, hidung berair dan sakit otot.
Kami akan meneruskan HSO (Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah) dan melakukan yang terbaik bagi melindungi Safiyah (anak) daripada terkena jangkitan.
Semoga cepat sembuh. Apapun, jangan lupa untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan kerajaan supaya dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
The post “Alhamdulillah Baik, Cuma Ada Simptom Biasa” – Nurul Izzah Disahkan Positif Wabak appeared first on Oh! Media.

