(VIDEO) Tukar Lorong Cara Biadap, Pemandu Berlagak Tunjuk Gari Dari Dalam Kereta

LocalCars
14 Feb 2022 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial semalam apabila seorang pemandu kereta membuat cubaan untuk menukar lorong dengan mencelah kenderaan lain dengan cara yang biadap.

Tunjuk ‘gangster’ tak kena tempat, video tersebut ternyata telah menjadi bahan cemuhan netizen apabila pemandu tersebut telah memotong kenderaan lain dengan cara menunjukkan gari tanpa memasang signal.

Meskipun tidak dapat dipastikan identiti pemandu kereta berkenaan, namun apa yang pasti tindakannya itu boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Terbaru, menerusi laporan Astro Awani, pihak polis kini sedang mengesan pemandu kereta jenis Persona itu susulan daripada tindakannya itu.

image is not available

Sumber : Facebook 

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa geram dengan kejadian tersebut dan ada juga yang merasakan bahawa pemandu tersebut bukanlah anggota polis apabila melihat daripada kenderaan yang digunakan.

Malah netizen juga menggagak bahawa gari yang digunakan pemandu tersebut hanyalah mainan kanak-kanak ataupun seseorang yang menyamar menjadi anggota polis.

image is not available 5 jam lalu

“Sentuhan Fizikal Lembut Tapi Tegas” - Timbalan Menteri Dikecam Gara-Gara Isu Tegur Isteri Derhaka