Tular Gambar Kereta Polis Dibawa Secara Bahaya, Pemandu Lori Diambil Tindakan

14 Feb 2022 • 9:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sebelum ini tular gambar lori membawa muatan kereta peronda polis dengan cara berbahaya di media sosial.

Menurut laporan Harian Metro, pemandu lori berkenaan telahpun dipanggil untuk membantu siasatan dan juga telah disaman mengikut Kaedah Lalulintas 18 LN 166/59.

Video yang tular itu membuatkan polis membuka kertas siasatan dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail.

Kereta peronda polis yang dibawa lori berkenaan dikatakan hasil jualan lelong aset alih kerajaan Ibu Pejabat Polis Seremban yang ingin dibawa ke Ipoh. 

Laju betul netizen buat kerja, nampak benda yang pelik sikit je terus viral. Apapun, kalau nak bawa kereta banyak-banyak macam tu, susun lah betul-betul sekaligus tidak membahayakan pengguna jalanraya lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.