“Auto buat bantal bucuk” – Rezeki Dapat Kasut Lee Zii Jia, Ramai Jeles Dengan Gadis Ni!

Entertainment
21 Feb 2022 • 2:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kemenangan skuad lelaki negara dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) selepas menumpaskan juara bertahan, Indonesia 3-0 semalam ternyata memberi kegembiraan yang bermakna kepada peminat badminton negara.

Antara pemain badminton yang mencuri tumpuan sudah semestinya Lee Zii Jia yang mempunyai peminat yang ramai.

image is not available

Namun salah seorang peminat Lee Zia Jia baru-baru ini boleh dikatakan sangat beruntunglah sebab dia katanya dapat kasut pemain tersebut ketika sedang bersorak kepada players yang baru keluar dari gelanggang. Lucky betul!

Menerusi tweet yang dikongsikan @nrshikinb ini, walaupun dia dapat sebelah kasut je, tapi kasut itu siap dah bertanda tangan Lee Zii Jia lagi tau! Fuh bukan biasa-biasa ni.

 

“Simpan dalam balang kaca, one day barang ni akan jadi puluhan ribu”

Perkongsian gadis ini ternyata mendapat pelbagai komen daripada netizen yang mana rata-rata cemburu dengan ‘rezeki’ gadis tersebut.

Tak cukup dengan itu, siap ada yang suggest supaya si gadis simpan kasut tersebut dalam balang kaca sebab nilainya boleh jadi tinggi.

image is not available

Selain dari gadis itu, dengarnya ada juga peminat lain yang mendapat baju serta racket dari Lee Zii Jia. Wahh memang dah plan nak bagi kat peminat eh! Anyway congrats skuad lelaki Malaysia.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.