Pemandu mabuk didenda RM10,000

25 Feb 2022 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang lelaki warga tempatan didenda RM10,000 atau penjara 10 bulan dan dipenjara sehari oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Cadbury Khoo Yong Lain, 48, (gambar) mengaku salah di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan bahawa dia melakukan kesalahan itu di simpang Taman Kuhara Indah, pada jam 11.10 malam 28 Mei 2021.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan semasa Operasi Mabuk selepas menjalani saringan pernafasan kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Hasil ujian saringan pernafasan mendapati kandungan alkohol dalam darah tertuduh sebanyak 363 miligram etil dalam 100 mililiter darah iaitu hampir tujuh kali ganda daripada had yang ditetapkan.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 45 (A)(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM30,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hurman Husain tampil mendakwa, manakala tertuduh diwakili Lim Chun Yuan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.