Pengarah JSJ Bukit Aman Sahkan Ebit Liew Terima 11 Pertuduhan Melibatkan Hantaran Gambar Lucah

18 Feb 2022 • 4:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Liew pagi tadi telah dihadapkan ke mahkamah di Tenom, Sabah dan difahamkan pendakwah tersebut berdepan dengan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang.

Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh pendakwah berkenaan melalui aplikasi Whstapp dan menurut pengesahan yang dilakukan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan.

Menurut laporan, difahamkan kesemua pertuduhan tersebut dipercayai telah dilakukan di Tenom, Sabah antara bulan Mac hingga Jun tahun lalu kepada seorang wanita.

image is not available

Tambah pengarah JSJ berkenaan, sekiranya didapati bersalah, Ebit Liew akan berdepan hukuman penjara selama 5 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Namun begitu, pengarah JSJ turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang provokasi dan spekulasi bagi memastikan prosiding perbicaraan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

image is not available

Julai lalu, siasatan terhadap pendakwah terkenal berusia 37 tahun dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Difahamkan, sebutan kes akan diadakan pada bulan April bagi pihak Ustaz Ebit mengemukakan sebarang bukti dan membela diri.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.