Lelaki pakai baju tidur wanita pecah masuk rumah ditangkap

24 Feb 2022 • 8:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang lelaki yang memakai baju tidur wanita untuk memecah masuk ke dalam sebuah rumah di Taman Ria Height, Jalan Utara Baru dekat sini, berjaya ditahan 20 minit selepas melakukan jenayah itu sekitar jam 8 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis di kawasan cerun bersebelahan lorong utama keluar masuk ke taman tersebut.