Baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita yang agak memalukan untuk industri sukan. Mason Greenwood, seorang pemain bola sepak Manchester United telah dituduh melakukan jenayah terhadap teman wanitanya. Dia juga dituduh memukul dan ini telah menimbulkan tanda tanya kepada pihak umum.
Media telah memberitahu bahawa pihak penaja, Nike telah membuat suatu pengumuman kepada atlet ini. Sama juga dengan kelabnya, Manchester United yang membuat tindakan untuk tindakan berkecuali. Persoalannya sekarang, adakah benar kes ini?

Sejauh mana kes ini benar, masih tidak diketahui lagi kini. Namun begitu, apakah yang menyebabkan kes ini boleh timbul? Adakah kekayaan tidak mampu nak membentuk sahsiah seseorang? Ya, mungkin ada motif lain di sebalik kehidupan orang yang kaya dan popular.
Dari pengamatan penulis, berkemungkinan ada komplot untuk menjatuhkan kerjaya seseorang atlet. Hal ini kerana setiap orang ada aibnya sentiasa ditutup. Aib Mason Greenword telah dibongkar awal oleh teman wanitanya. Jadi, untuk berfikiran lebih terbuka, ini adalah ujian untuknya.
Sebagai pemain bola sepak professional, ianya adalah impak yang sangat negatif kepada kerjayanya. Sama ada dia mampu untuk membersihkan namanya, ataupun menjadikan satu titik permulaan untuk memperbaiki hidupnya. Sebagai langkah yang berjaga-jaga, eloklah berdiam diri untuk mengelakkan kejadian menjadi lebih buruk.
Sebelum ini ada gosip dari pemain England yang merampas teman wanita, John Terry dan Wayne Bridge, kes ini adalah dilihat lebih berat. Sama ada ianya menjadi satu cerita sensasi berpanjangan, ataupun menjadi titik noktah untuk kerjaya Mason Greenwood. Tetapi sayang, beliau terlalu muda untuk menghentikan kerjayanya. Terlalu cerah masa depannya di Manchester United.
Dari kejadian ini, kita menyedari bahawa hidup adalah seperti roda. Ada kalanya kita di atas, dan ada kalanya kita di bawah. Kita tidak mampu mengawal roda itu, sebaliknya kita harus menempuhi segala cabaran hidup. Salah tetap salah, ini adalah satu pelajaran untuk menjadikan kita orang yang tabah dan kuat. Ikhlas dari penulis yang penuh dengan dosa.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


