Reebok Forever Floatride Energy 1

Opinion
28 Feb 2022 • 2:00 PM MYT
Muhammad Khairul
Muhammad Khairul

An avid runner who loves to write about running and everything

image is not available

Pada tahun 2018, Reebok hadir dengan Reebok Floatride Run Fast, suatu kasut yang mendapat pujian ramai disebabkan beratnya yang ringan dan keseimbangan diantara kusyen dan responsif. Tampil dengan midsole terbaharu mereka iaitu Floatride Plus yang diperbuat daripada Pebax, suatu bahan yang dikatakan ringan dan memberi energy return yang lebih baik. Reebok berjaya menempa semula jalan mereka ke dalam dunia larian. Pada tahun 2019, mereka hadir dengan Forever Floatride Energy yang tampil dengan varian baharu midsole mereka iaitu Flotride Foam. Midsole ini dikatakan serupa dengan Boost daripada Adidas tetapi lebih ringan, lebih kusyen dan lebih responsif.

image is not available
Reebok Forever Floatride Energy

Upper

Reebok menggunakan engineered mesh untuk bahagian upper mereka. Bahan yang digunakan mempunyai pengudaraan yang baik jadi apabila saya melakukan larian dalam cuaca panas kaki saya tidak berpeluh dan basah. Mesh yang digunakan agak kasar jika disentuh menggunakan tangan jika hendak dibandingkan dengan kasut lain yang saya miliki. Bahagian toebox mempunyai keluasan yang baik jadi kaki saya tidak menghadapi sebarang masalah seperti blister atau hotspot, cuma saya dapati bahan ini kurang anjal atau stretch. Apa yang terjadi adalah disebabkan bahan ini kurang anjal jadi saya dapat sensasi bahawa kasut ini seperti besar setengah saiz dari saiz saya yang normal iaitu UK9. Saya masih boleh katakan bahawa kasut ini adalah true to size cuma apabila memakainya sebelum larian, saya merasakan kasut ini sedikit panjang dan luas daripada kasut lain yang saya ada.

Beralih kepada midfoot, Reebok menggunakan logo mereka sebagai overlay di bahagian medial dan lateral untuk memberikan sokongan kepada kaki. Sistem tali yang digunakan adalah sistem tradisional. Tiada band seperti mahupun sistem tali yang lain digunakan oleh Reebok. Jujurnya, saya tiada masalah dengan bahagian midfoot sepanjang saya berlari. Overlay serta sistem tali yang mereka membuatkan kaki saya tidak bergerak ketika berlari dan memegang kaki saya di kedudukan yang sepatutnya. Apa yang menjadi masalah kepada saya ialah tali kasut. Pertama sekali, panjang tali tidak mencukupi. Saya cuba untuk melakukan runners knot dan apa yang saya dapati saya perlu menarik sekuatnya untuk memastikan tali cukup bagi runners knot. Jadi kadang kala hal ini memberikan tekanan di bahagian atas kaki kerana tali terlalu ketat lantas mencengkam bahagian atas kaki. Cadangan saya bagi sesiapa yang suka melakukan runners knot tukar kepada tali lain atau pakai lace lock. Kedua, tali selalu tertanggal daripada ikatan ketika berlari. Hal ini menyebabkan saya terpaksa berhenti untuk mengikat tali semula.

Reebok menggunakan konsep tradisional bagi lidah kasut mereka. Lidah kasut mereka agak nipis tetapi mempunyai padding di tempat yang sepatutnya. Heel counter juga menggunakan konsep yang sama iaitu tiada padding yang berlebihan hanya padding yang perlu sahaja. Heel counter sangat rigid. Anda tidak boleh menolak atau menarik heel counter ini seperti di kasut yang lain. Satu yang saya hendak ingatkan bahawa sepanjang penggunaan kasut ini, saya kerap merasakan heel slippage sebelum berlari tetapi perasaan itu hilang selepas kilometer yang pertama. Jadi bagi sesiapa yang mengalami masalah ini jangan risau kerana ini tidak menganggu atau mejejaskan larian anda.

image is not available
Engineered Mesh

Midsole

Reebok menggunakan Floatride foam. Ini adalah varian midsole mereka untuk daily trainer. Floatride Run Fast menggunakan Pebax untuk menghasilkan Floatride Plus untuk kasut racing manakala bagi Forever Floatride Energy, mereka menggunakan TPU untuk menghasilkan Floatride foam. TPU ini adalah bahan sama yang digunakan oleh Adidas untuk menghasilkan Boost foam mereka yang digunakan dalam Ultraboost. Jadi tidak hairanlah jika sifat kedua foam ini seakan sama.

Sepanjang saya menggunakan kasut ini satu perkataan yang terlintas di kepala saya setiap kali saya menyarung kasut ini ialah kusyen. Bagi saya midsole ini sangat kusyen dan selesa. Walaupun kasut ini hanya mempunyai stack height 29mm/19mm, tetapi bagi saya misole kasut ini mempunyai kusyen yang mencukupi. Midsole kasut yang lembut cukup untuk melindungi kaki dan menyerap hentakan bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada kaki. Misole ini tidaklah selembut New Balance 1080, tetapi tidak kasar seperti Saucony Kinvara. Reebok berada di tengah antara kedua kasut itu dalam konteks kelembutan midsole. Jadi kasut ini sesuai dibawa untuk larian easy atau larian recovery. Walaupun mempunyai midsole yang lembut kasut ini juga sesuai untuk hari yang anda mahu lakukan larian yang pantas seperti tempo. Midsole Floatride foam cukup responsif dan mempunyai sifat lantunan yang baik. Hal ini untuk memastikan anda mendapat pengembalian tenaga yang efisien dan mengekalkan kestabilan ketika anda berlari. Jadi pendapat saya midsole Reebok Forever Floatride Energy mempunyai keseimbangan di antara kelembutan dan responsif. Cukup lembut untuk larian easy dan recovery manakala responsif untuk larian tempo. Hal ini menjadikan kasut ini serba boleh dalam pelbagai aspek larian.

image is not available
Floatride Midsole

Outsole

Untuk melindungi bahagian midsole, Reebok menggunakan getah sebagai outsole mereka. Getah yang digunakan menutup semua bahagian midsole. Outsole mereka mempunyai cengkaman yang bagus dan saya tidak ada sebarang masalah untuk berlari dalam sebarang keadaan dan sebarang permukaan ketika menggunakan kasut ini. Tiada tergelincir dan sebagainya.

image is not available
Keseluruhan Getah

Konklusi

Reebok telah menghasilkan daily trainer yang verstail dan terbaik. Bagi saya Reebok Forever Floatride Energy berada pada satu tahap yang sama dengan daily trainer jenama lain seperti Nike Pegasus, Saucony Kinvara dan lain. Harga yang ditawarkan oleh Reebok pun sangat berpatutan. Jika Reebok dapat memperbaiki kelemahan kasut ini terutama dari segi tali kasut saya yakin iterasi seterusnya kasut ini akan lebih baik. Jika anda hanya mencari satu kasut dan dalam bajet yang terhad kasut ini sesuai untuk anda.


Muhammad Khairul adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.