Perkhidmatan Pelanggan Microsoft Concierge Diperkenalkan Di Plaza Low Yat Dan Pavilion Bukit Jalil Untuk Memudahkan Pembelian Peranti

TechnologyDigital
15 Feb 2022 • 6:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bersempena dengan pra-tempahan komputer riba Microsoft Surface Laptop Studio dan juga jualan Microsoft Surface Pro 8, Microsoft Malaysia turut memperkenalkan program khidmat pelanggan mereka tersendiri yang dinamakan Microsoft Concierge.

Perkhidmatan pelanggan ini dibangunkan dengan kerjasama bersama-sama SNS Network dan juga Harvey Norman, dimana para pelanggan yang mahu membeli ataupun menservis peranti Microsoft Surface boleh melakukannya di kedai-kedai GLOO di Plaza Low Yat ataupun Harvey Norman di Pavilion Bukit Jalil.

image is not available

Selain daripada menservis peranti-peranti Surface mereka, pelanggan juga boleh menanyakan tentang apakah spesifikasi peranti Surface yang terbaik untuk keperluan mereka, termasuklah aksesori-aksesori yang boleh didapatkan seperti Surface Type Cover dan juga Surface Slim Pen 2 yang baru dilancarkan.

Menurut Microsoft Malaysia, perkhidmatan Microsoft Concierge ini akan dibuka setiap minggu bermula hari Rabu sehingga Ahad dari jam 11 pagi sehingga 8 malam.