Realme GT Neo3 Gaming Edition Tertiris – Mungkin Dijana Dengan Dimensity 9000

TechnologyDigital
11 Feb 2022 • 3:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tidak dinafikan, peranti pintar yang memfokuskan permua merupakan antara segmen yang mendapat sambutan cukup baik daripada pengguna. Antara pengeluar yang terkenal dengan peranti pintar sebegini adalah seperti Asus, Nubia dan banyak lagi.

image is not available

Bercakap lebih lanjut mengenainya, kini sebuah peranti permua keluaran Realme didakwa tertiris dalam satu imej yang tular. Biarpun belum ada kepastian, tetapi spekulasi awal mendakwa ia kelak mungkin dikenali sebagai Realme GT Neo3 Gaming Edition.

Rekaannya memperlihatkan sebuah peranti dengan modul kamera seumpama model OnePlus 9. Sistem tri-kamera yang disusun secara menegak bersama satu LED Flash bersebelahan dengannya. Garapan idea dalam konsep penampilannya juga mempunyai ciri seakan sebuah peranti permua. Ia lengkap dengan reka corak jalur bersama kombinasi warna yang minimalis.

Spekulasi awal mendakwa peranti akan dijana dengan cip MediaTek Dimensity 900 dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 125W. Bagaimanapun, harus ditegaskan maklumat yang dikongsi ini masih lagi diperingkat ura-ura dan belum dapat dipastikan sama ada ia bakal dilancarkan secara rasmi atau sebaliknya.