Wordle Viral Sekelip Mata! 5 Jenama Popular Dunia Turut Sertai ‘Trend’ Permainan Ini

Gaming
8 Feb 2022 • 8:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, terdapat satu permainan bernama Wordle menjadi kegilaan ramai secara global sehinggakan setiap pemain yang bermain, berlumba-lumba mahu selesaikan perkataan misteri setiap hari.

Boleh dikatakan agak cepat jugak permainan Wordle ini menjadi viral kerana berdasarkan kajian dari The Guardian, pada November 2021 hanya ada 90 pemain sahaja tetapi sekarang ini sudah cecah 300,000 pemain setiap hari.

Cara main Wordle ini agak mudah, dimana pemain hanya perlu teka perkataan yang ada 5 huruf serta diberi peluang sebanyak enam kali untuk meneka dan setiap hari akan hanya ada satu perkataan saja yang perlu pemain teka.

image is not available

Kalau huruf yang diletakkan betul tapi berada pada tempat salah, kotak akan berubah jadi warna kuning dan jika huruf yang diteka tiada dalam sistem, kotak akan jadi kelabu dan kotak hijau jika betul.

Seperti yang dimaklumkan di atas, permainan ini sudah menjadi satu permainan viral di satu dunia, sudah pasti syarikat diluar mahupun yang terkenal akan mengikuti trend sebagai bahan pemasaran mereka. Ini antara idea jenama popular yang turut sertai trend ini.

1. LEGO_Group

image is not available

2. Hilton Hotel

image is not available

3. Mercedes

image is not available

4. Gamuda Parks

image is not available

5. University of East Anglia (UEA)

image is not available

Sekadar info, permainan Wordle ini hanya di dalam bahasa Inggeris saja dan jika anda ingin bermain permainan teka perkataan dalam Bahasa Melayu tapi seakan-akan sama dengan Wordle, anda boleh cuba KATAPAT.

image is not available

Mesti best kalau main dengan rakan-rakan atau keluarga kan!

image is not available 1 minggu lalu

Wajib ‘Check- Out’, Ini 5 Tips Penting Sebelum Membeli Powerbank