
Jika dahulu, kita sering bergantung dengan papan tanda yang ada di jalan raya untuk mengetahui jalan atau laluan yang perlu kita ikuti untuk ke sesebuah tempat. Namun, dengan adanya perkembangan teknologi, kini ianya ‘diambil alih’ oleh gajet dan juga aplikasi navigasi.
Punyalah percayanya kita pada aplikasi tersebut sehinggakan jalan atau laluan yang kerap kita lalui pun, kita masih akan mengaktifkan aplikasi navigasi seperti waze, maps dan lain-lain. Ini sebenarnya tidak menjadi kesalahan, kerana kebanyakan aplikasi navigasi sekarang ini turut disertakan dengan pelbagai lagi fungsi.
Contohnya ada yang memberitahu tentang perangkap had laju, kenderaan rosak atau fungsi yang paling diharapkan adalah tentang kesesakan jalan raya.

Namun, adalah dinasihatkan supaya pengguna jalanraya semua tidak terlalu fokus kepada skrin telefon semasa pemanduan tetapi tumpukan perhatian sepenuhnya ke atas jalanraya dan pemanduan.
Disebabkan itu juga, ada aksesori khas disediakan atau dikeluarkan untuk memenuhi ‘permintaan’ atau bagi memastikan pengguna boleh melihat skrin telefon dan dalam masa yang sama kekal fokus dengan pemanduan.
Jika korang masuk ke kedai menjual aksesori telefon, boleh diperhatikan pelbagai jenis ‘pemegang telefon’ dijual di pasaran. Ada yang kedudukannya dilekatkan pada cermin, ada yang dilekatkan pada lubang pendingin hawa dan bermacam-macam lagi.

Tidak dinafikan, harga ‘pemegang telefon’ ini juga turut bergantung pada jenis bahan, jenama dan lain-lain.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok di Indonesia telah berkongsikan cara yang paling mudah dan menjimatkan sekiranya korang tidak mempunyai pemegang telefon dalam kenderaan.
@anakbabehjon Balas @irfanaldiii ♬ suara asli – exlicious.mly
Menurut perkongsian yang kini sudahpun ditonton melebihi 2 juta tontonan tersebut, dia hanya menggunakan plastik biasa yang kemudiannya diselitkan dan dimasukkan dalam ruang pendingin hawa kenderaannya.

Tambahnya lagi, plastik tersebut kemudiannya perlu dikepitkan pada casing telefon dan ianya akan dapat menampung berat telefon seterusnya dijadikan pemegang.

Perkongsian yang mudah dan menjimatkan ini rata-ratanya mendapat pujian ramai selain ada juga yang mencadangkan supaya menggunakan riben dan sebagainya.
Memang kreatif betul!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
