Kematian Aktres Thailand Tangmo Nida Jadi Misteri, Ibu Tak Percaya Anak Mati Jatuh Bot

WorldEntertainment
28 Feb 2022 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kematian aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida atau Nida Patcharaveerapong kini menjadi perbualan hangat netizen dek kerana diselubungi misteri.

Menurut Astro AWANI, Nida dipercayai terjatuh ke dalam sungai sekitar jam 11 malam Khamis lepas ketika menaiki perahu di Sungai Chao Phraya bersama-sama 6 orang rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge.

image is not available

Media tempatan juga melaporkan, Nida dikatakan duduk di bahagian paling belakang sebelum tergelincir dan jatuh ke dalam sungai. Lebih malang, mangsa tidak memakai jaket keselamatan.

 

Mayat dijumpai 2 hari kemudian

Mayat Nida dilaporkan ditemui pasukan penyelamat dua hari kemudian iaitu pada Sabtu, selepas ia dilihat terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Abang Nida, Dayos Detjob, 44, yang merupakan individu pertama mengesan jasad tersebut berkata dia mengecamnya berdasarkan pakaian yang dipakai Nida dan seterusnya memaklumkan kepada pasukan penyelamat di lokasi.

image is not available

Saya datang untuk membawanya pulang ke rumah,” kata Dayos.

 

“Ada orang tak suka dia di sana” – Emak

Kes ini katanya menjadi agak ‘misteri’ apabila ibu mangsa sendiri, Panida Sirayutthayothin memberitahu pihak media yang dia tidak percaya kematian anaknya disebabkan jatuh secara tidak sengaja dari speedboat di Sungai Chao Phraya.

Menurut Bangkok Post, Panida juga merasakan ada banyak perkara yang tidak kena dengan kematian anaknya. Malah dia juga tertanya-tanya siapakah individu yang membuat temujanji photoshoot anaknya pada hari tersebut.

image is not available

Malah lebih pelik lagi jika anaknya bersama 5 orang rakan termasuk manager Nida bersama-sama di atas bot berkenaan hanya untuk makan malam sahaja.

Tambahnya lagi, ‘orang-orang’ di dalam bot berkenaan mungkin ‘bergaduh’ hingga menyebabkan kejadian malang itu menimpa anaknya.

Ada orang yang tak suka kehadiran Tangmo di sana,” katanya lagi.

 

Tuduhan yang juga mengatakan tandas di atas bot tersebut rosak dan anaknya terpaksa membuang air di belakang bot sehingga menyebabkan dia terjatuh juga dibidas Panida.

“Tangmo seorang yang terkenal. Pelik kalau dia pergi ke belakang bot untuk berbuat demikian,” katanya lagi.

 

Luka dalam di paha

Dalam pada itu, pelakon Ekkapun Bunluerit yang menyertai pasukan mencari berkata terdapat kesan luka dalam pada paha aktres tersebut ketika ditemui.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Nonthaburi, Mejar Jeneral Paisal Wongwatcharamongkol berkata, sehingga setakat ini hanya pemandu bot saja akan didakwa kerana dikatakan memandu tanpa mempunyai lesen.

image is not available

Harap terungkaplah misteri kematian Tangmo Nida ni. Kesian pulak dengan emaknya.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article