“Function teruk” – [VIDEO] Ramai Puji Pegawai Imigresen Guna Patung Untuk Tangkap Gambar Passport Budak

Entertainment
11 Feb 2022 • 4:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah tak korang semua terfikir macam mana baby ataupun budak-budak kecil tangkap gambar passport diorang? Dengan tak duduk diamnya, fuh!

Haa, segala persoalan korang tu akan terjawab lepas korang tengok video TikTok dari akaun milik @nanad_sj kat bawah ni yang mana dia kongsikan behind the scene bagaimana gambar kanak-kanak diambil untuk passport.

“Function teruk abam imigresen kat sini weh” – Teks dalam video

Kelihatan dari video itu, dua pegawai yang dipercayai menguruskan urusan pendaftaran kad passport gigih untuk memastikan kanak-kanak yang dianggarkan berusia diantara 2 hingga 4 tahun berada di tempatnya semasa gambar diambil.

“Sah abam ni suka budak-budak”

Paling mencuri tumpuan adalah di mana salah seorang pegawai menggunakan patung mainan untuk menarik perhatian kanak-kanak tersebut untuk sentiasa memandang ke hadapan di mana terletaknya kamera.

Disebabkan idea yang boleh dikatakan genius itu, ternyata mendapat perhatian orang ramai yang kebanyakan mereka memuji tindakan pegawai imigresen yang bertugas ketika itu.

Mana taknya, nak buat macamtu pun kena ada kerjasama yang tinggi, sorang nak tangkap gambar, sorang lagi guna patung…

image is not available

Malah, ada juga yang turut kongsikan pengalaman mereka membawa anak kecil mereka untuk menangkap gambar passport di cawangan lain. Siap ada juga yang kata, ada pegawai sanggup untuk main ‘cak-cak’ demi gambar yang elok!

Hmm… Terus min check balik gambar IC… Nasib baik helok! Hahahaha…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.