“Kena nyatakan bila & di mana” – MySejahtera Kini Minta Pengguna Update Gambar Ujian Kendiri Covid-19

22 Feb 2022 • 10:18 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bagi mereka yang sering keluar ke sana ke sini tak kiralah untuk urusan kerja atau bercuti, boleh dikatakan dalam masa seminggu mesti korang akan buat sekurang-kurangnya sekali ujian kendiri Covid-19 kan?

Baru-baru ini, MySejahtera telah membuat satu ‘update’ baru yang mana pengguna kini perlu memuat naik gambar keputusan ujian Covid-19 semasa mengemaskini status kesihatan di aplikasi tersebut, lapor FMT.

image is not available

Ia berbeza dengan sebelum ini yang mana pengguna hanya perlu isi borang digital ketika laporkan hasil ujian kendiri Covid-19 dan maklumkan sama ada korang positif, negatif atau ujian tak sah.

Selain itu, pengguna juga perlu nyatakan di mana serta bila ujian tersebut dilakukan seperti gambar di bawah ini.

image is not available

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, seseorang itu digalakkan untuk membuat ujian kendiri sebelum menghadiri himpunan atau acara awam, atau sama ada ketika mereka mengalami simptom Covid-19.

Stay safe korang! Kalau rasa tak sedap badan tu, seeloknya buatlah ujian kendiri untuk kepastian.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.