Leher Terbelit Dengan Rambut Sendiri, Wanita Hamil Maut Ketika Temuduga Kerja

Entertainment
5 Feb 2022 • 4:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita dilaporkan maut kerana terbelit dengan rambutnya sendiri ketika menghadiri temuduga kerja di sebuah kilang.

Umida Nazarova, 21, difahamkan sedang mengandung tujuh minggu ketika rambutnya tersangkut di sebuah mesin lalu membelit lehernya. Untuk rekod, kejadian berlaku di sebuah kilang di Borisov, Belarus.

image is not available

Menurut sumber, Umida pada ketika itu dibawa mengelilingi kilang yang merupakan sebahagian daripada proses temuduga kerja tersebut.

Difahamkan, rambutnya tiba-tiba terperangkap dalam mesin lalu melilit lehernya sebelum mengakitbatkan mangsa berlumuran darah. Sumber turut melaporkan kulit kepala Umida tercabut.

image is not available

Ibu Umida, Oga berkata bahagian leher anaknya turut mengalami kecederaan kesan daripada lilitan rambut mengejutkan itu.

“Dia mengalami kecederaan parah susulan kejadian itu. Saya sedih kerana kilang tersebut melanggar peraturan keselamatan sehingga meragut nyawa anak saya.

“Mereka nampak Umida mempunyai rambut panjang, kenapa tidak diberikan sebarang penutup untuk melindungi kepalanya?” soalnya.

Untuk rekod, mahkamah menjatuhkan hukuman kepada ketua kilang tersebut kerana gagal menjalankan tanggungjawab keselamatan selain bersikap cuai sehingga mengakibatkan kematian.

Kredit: Utusan

image is not available

Sumber: Utusan Sumber: Utusan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.