14 lagi kes kematian akibat Covid-19

6 Feb 2022 • 8:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Sebanyak 14 lagi kes kematian baharu akibat Covid-19 direkodkan setakat tengah malam Sabtu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,025 orang, daripada 2,884,729 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW, sembilan kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, terdapat 65,952 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 57,895 individu atau 87.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,205 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,729 kes dirawat di hospital dan 123 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 56 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 67 lagi memerlukan mesin ventilator.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved