5 Jam Berenang Selepas Terjatuh, Lelaki Ini Selamat Sampai Ke Pelantar Minyak Dengan Bantuan Anjing Laut

Entertainment
20 Feb 2022 • 11:45 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki dari California, Amerika Syarikat berdepan detik cemas selepas terjatuh dari bot yang dinaikinya di Lautan Pasifik pada satu malam yang gelap pada awal bulan ini.

Scott Thompson yang hanya berpakaian T-shirt dan berseluar pendek yakin yang beliau akan menemui ajal malam itu selepas bot miliknya hanyut meninggalkannya selepas terjatuh. Namun perasaan ingin mengalah yang dirasainya itu bertukar kepada survival mode selepas beliau mendapat bantuan dari seekor anjing laut.

image is not available

Seekor anjing laut yang kebetulan berada berdekatan dengan tempat dimana Thompson terjatuh telah menolaknya ke tempat yang selamat. Thompson terpaksa memilih untuk kembali ke persisiran pantai atau ke sebuah pelantar minyak berdekatan.

Menurut Daily Mail UK, Thompson memilih untuk ke pelantar minyak berdekatan kerana jarak perjalanannya lebih dekat berbanding untuk ke daratan. Thompson mengambil masa kira-kira 5 jam sebelum tiba di pelantar minyak dan diselamatakan oleh petugas disana.

image is not available

Bercerita mengenai pengalamannya kepada sumber, Thompson berkata beliau cuma memikirkan mengenai anak-anak dan isterinya ketika itu. Selepas berasa panik, tiba-tiba Thompson disapa dengan percikan air.

Thompson menyifatkan percikan air itu seolah-olah sentuhan dari ‘malaikat’ yang ingin membantunya. Percikan air itu dibuat oleh seekor anjing laut dari jenis harbour seal. Anjing laut itu menolaknya dan bermain-main berdekatan dengan Thompson sama seperti anjing di darat.

image is not available

Selepas diselamatkan oleh petugas pelantar minyak, bot Thompson juga telah berjaya dikesan oleh pihak berkuasa. Thompson berkata pengalaman berdepan maut itu sangat menginsafkan dirinya.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.