Lelaki terbakar melecur 96 peratus meninggal dunia

17 Feb 2022 • 4:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KANGAR - Lelaki yang kritikal selepas melecur 96 peratus pada badan kerana membakar dirinya di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Omar Bintong, dekat sini pada malam Rabu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew kepada pemberita pada Khamis.

Beliau memberitahu, polis menerima makluman tentang keadaan terkini lelaki berusia 28 tahun itu pada hari sama.

Bagaimanapun, katanya, maklumat tentang waktu kematian mangsa tidak diberitahu kepada polis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan lelaki itu didakwa tekad membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan bekas teman wanita yang mempunyai kekasih baharu.

Wari berkata, berkata, keluarganya telah tampil memberikan keterangan dan menjelaskan mangsa merupakan seorang pesakit psikiatri yang masih menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan HTF

Menurutnya, lelaki itu pernah beberapa kali cuba membunuh diri dan kejadian pertama pada Januari lalu di mana mangsa pernah mengelar kedua-dua belah tangan namun berjaya diselamatkan oleh keluarga mangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved