Lelaki Melecur 96 Peratus Sah Meninggal Dunia

17 Feb 2022 • 11:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
96 peratus

Malam tadi kita digemparkan dengan berita yang mengejutkan apabila seorang lelaki yang merupakan mangsa kemalangan di atas Jambatan Jalan Kampung Syed Omar Bintong, Kangar Perlis terbakar melecur badannya hampir 96 peratus.

Menerusi laporan Sinar Harian, lelaki yang kritikal itu telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar Perlis.

image is not available

Kematian lelaki itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew pada hari ini.

Maklumat terperinci berkaitan dengan waktu kematian mangsa masih tidak diberitahu kepada polis.

Lelaki tersebut sebelum ini dikatakan telah beberapa kali cuba membunuh diri dan dia merupakan seorang pesakit psikiatri yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Jabatan HTF.

Lelaki itu didakwa membakar dirinya kerana kecewa dengan tindakan bekas teman wanitanya yang memiliki kekasih baru.

Semoga keluarga lelaki itu dapat menerima berita ini dengan hati yang terbuka dan ikhlas.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media