Menteri Kesihatan Umum Bantuan PeKa B40, Ini Manfaat Yang Korang Boleh Dapat Dari Skim Terbaharu Ni!

22 Feb 2022 • 10:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengumumkan melalui Facebook peribadi beliau mengenai skim terbaharu yang ditawarkan oleh kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah.

Menerusi Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berusia 40 tahun ke atas boleh mendapatkan saringan kesihatan secara percuma.

PeKa B40 bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus kepada penyakit tidak berjangkit.”

Untuk pengetahuan korang, tiada pendaftaran diperlukan untuk skim PeKa b40 ini. Sebaliknya korang hanya perlu melayari laman sesawang www.pekab40.com.my bagi menyemak kelayakan dan lokasi klinik yang berdaftar di bawah ProtectHealth Corporation Sdn Bhd. Senang je!

Manfaat PeKa B40

image is not available

Dalam video yang sama, Menteri Kesihatan ini turut memberitahu manfaat yang boleh didapati oleh seseorang individu sekiranya layak mendapat PeKa B40 ini, antaranya:

  • saringan kesihatan percuma
  • bantuan alat perubatan sehingga RM20,000
  • insentif melengkapkan rawatan kanser (RM1,000)
  • insenftif tambang pengangkutan (RM1,000)

Khairy turut menyeru orang ramai untuk sebarkan mengenai PeKa B40 ini kepada ahli keluarga berusia 40 tahun ke atas serta penerima BPR bagi mendapatkan manfaat yang disediakan oleh skim ini.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.