
KUALA LUMPUR – Kedutaan Besar Malaysia di Manila kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino untuk membantu 15 rakyat negara ini yang dihalang melepasi pintu masuk Filipina.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Wisma Putra juga sedang berusaha menyelesaikan perkara itu.
“Wisma Putra juga sedang berurusan dengan agensi berkaitan bagi memudahkan proses ini berjalan lancar,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Kedutaan Besar Malaysia di Manila kini sedang membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa...
Posted by Saifuddin Abdullah on Sunday, February 13, 2022
Sementara itu, Wisma Putra menerusi platform media sosial sama memaklumkan, kerajaan akan sentiasa memastikan dan melindungi hak rakyat.
Terdahulu, media melaporkan kumpulan pelancong berkenaan terkandas di lapangan terbang berkenaan semalam, selepas pihak berkuasa Filipina tidak membenarkan mereka memasuki negara terbabit.
Insiden itu berlaku apabila sijil vaksinasi digital yang dipaparkan menerusi aplikasi MySejahtera tidak diterima sebagai bukti imunisasi di negara itu. – Getaran, 14 Februari 2022

