“Semua Dokumen Umrah Dalam Tu” – Gadis Minta Bantuan Netizen Cari Wanita Curi Telefon

23 Feb 2022 • 12:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di laman Twitter, video rakaman CCTV yang memaparkan seorang wanita bertudung hijau mengambil telefon pelanggan lain yang tertinggal di kaunter bayaran sebuah kedai roti Haruka Bakery, Melawati mall.

Menurut ciapan tersebut, pemilik telefon berkenaan yang dikenali sebagai Nalissa Azmee menggesa orang ramai membantu dirinya mencari wanita tersebut.

Difahamkan, dia turut membuat laporan polis dan meminta wanita tudung hijau dalam rakaman CCTV memberi kerjasama memulangkan telefon.

image is not available

Saya cuma perlukan handphone sebab urusan umrah saya semua dalam phone. Tolong saya warga Ampang atau Melawati.

Lebih menyedihkan, menurut staf bertugas yang turut memuat naik hantaran di laman Facebook, pemilik telefon sedang mengandung dan bakal tunai umrah hujung minggu ini dan segala dokumen penting ada di dalam telefon itu.

Kami cuma membantu apa yang boleh sebab kesian owner handphone tu ibu mengandung, menangis dia tadi.

Walau bagaimanapun, dengan kuasa sosial media, pemilik telefon bersama 5 pegawai polis telah berjaya menangkap pencuri pada jam 3.30 pagi.

Kenyataan yang diberikan memang berunsur mencuri dan pencuri mengaku mencuri kerana berniat untuk menjual.

image is not available 5 jam lalu

Ingatkan 'Special' Tarikh Nikah 22.2.2022, Sekali Pengantin Urus Semua Sendiri Sebab…