Kes Curi iPhone Di Kedai Bakery, Polis Berjaya Tahan Suspek Kurang Dari 24 Jam!

23 Feb 2022 • 3:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, kecoh di media sosial sebuah kes melibatkan seorang wanita katanya telah mencuri telefon bimbit milik seorang wanita lain di sebuah kedai bakeri dekat Melawati Mall, KL.

Menurut perkongsian mangsa sendiri di akaun Twitter, dia mula menyedari akan kehilangan telefon bimbitnya ketika tiba di parking lot. Setelah itu, dia kembali semula ke kedai bakeri berkenaan untuk mengambil telefon itu semula yang ditinggalkan di kaunter cashier.

Walau bagaimanapun, telefon itu didapati tiada dan mangsa telah meminta pekerja di bakeri berkenaan untuk menunjukkan rakaman CCTV yang mana memaparkan seorang wanita bertudung hijau dilihat telah mengambil telefon bimbit tersebut.

Mangsa yang telah membuat laporan polis berkenaan kecurian tersebut juga mengakui dia sangat memerlukan telefon bimbit itu kerana segala dokumen berkaitan urusan umrahnya pada Ahad ini berada di dalam phone itu.

Polis berjaya berkas suspek jam 3.30 pagi semalam

Walau bagaimanapun, mujurlah nasib memihak kepada mangsa apabila pihak polis menurutnya telah berjaya mengesan dan menahan suspek sekitar jam 3.30 pagi malam semalam.

Menerusi perkongsian mangsa di IG story, suspek dikatakan mengaku dia telah mencuri telefon berkenaan dan mempunyai niat untuk menjualnya. Dia juga telah memohon maaf atas kejadian tersebut.

image is not available

Syukurlah akhirnya telefon berjaya ditemui. Semoga urusan mangsa untuk ke umrah juga dipermudahkan sebab katanya memang semua data mengenai urusan tu dah dipadam.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.