Mane pacu Senegal ke final Piala Negara-Negara Afrika

Football
3 Feb 2022 • 7:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SENEGAL mengesahkan slot perlawanan akhir Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan Burkina Faso 3-1 dalam aksi di Stadium Ahmadou Ahidjo.

Bagaimanapun, The Lions of Teranga kendalian Aliou Cissé terpaksa menunggu babak kedua sebelum dapat merobek gawang The Stallions pimpinan pengendali sensasi Kamou Malo.

Tonggak pertahanan Paris St Germain (PSG), Abdou Diallo membuka jaringan buat Senegal pada minit ke-70, sebelum Idrissa Gueye melebarkan jaringan pada minit ke-76 hasil bantuan gol pemain Liverpool, Sadio Mane.

Burkina Faso yang tidak mengalah kembali menghidupkan peluang menerusi jaringan Blati Toure pada minit ke-82', sebelum Mane menutup pintu laluan lawan ke perlawanan akhir dengan gol minit ke-87.

KEPUTUSAN:

Piala Negara-Negara Afrika

Separuh Akhir

Burkina Faso 1-3 Senegal

Diallo 70'

Gueye 76'

Touré 82'

Mané 87'