[VIDEO] Datang Sekolah Pakai Selipar, Ramai Sebak Lihat Cikgu Hadiahkan Kasut Dekat Pelajar Ni

Entertainment
10 Feb 2022 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kerjaya sebagai seorang guru sangat lah mencabar. Bayangkan dalam ramai-ramai pelajar yang diajar, pasti semuanya ada beribu ragam yang tak sama.

Seperti kata kebanyakan orang, guru ni dia lah ibu, dia lah ayah kepada para pelajar di sekolah. Lebih-lebih lagi guru yang mengajar sekolah tadika dan sekolah rendah, lagi lah bermacam ragam mereka nak kena hadap!

Tetapi satu hal yang pasti, semua guru mahukan yang terbaik buat semua anak didiknya. Seperti perkongsian ini, pemberian seorang guru kepada kepada anak muridnya yang kehilangan kasut sekolah telah berjaya membuat ramai sebak.

Video perkongsian daripada Cikgu Ismaniza di laman TikToknya @cikpuangojes ini telah meraih sebanyak 2.1 juta tontonan dalam masa sehari sahaja!

“Cinderella yang dicari”

Menurut Cikgu Ismaniza ini, ketika beliau sedang mengajar di kelasnya, datang seorang pelajar perempuan dengan hanya memakai selipar kerana dikatakan kasutnya sudah lama hilang. Apabila ditanya kenapa tak beli baru, dia menjawab “duit takdak”.

Difahamkan bapa pelajar tersebut mengalami strok otak sehingga menyebabkan ibunya tidak bekerja bagi menjaga ayahnya itu. Disebabkan itulah mereka tidak mampu untuk membeli kasut baharu padanya.

Namun, rezeki berpihak kepada pelajar itu apabila cikgunya menghadiahkan sepasang kasut sekolah yang difahamkan milik anaknya tetapi masih belum dipakai. Katanya, selama ini tiada lagi pelajar yang muat memakai kasut itu. Tetapi setelah dicuba, tak sangka dia rupanya ‘Cinderella’ yang dicari tu!

Di ruangan komen pula, ramai yang sebak dengan situasi pelajar itu. Kebanyakan netizen siap nak hulurkan bantuan kepadanya! Terbuktilah ramai je orang baik hati dalam dunia ni.

image is not available

Semoga dilimpahkan rezeki yang banyak untuk Cikgu Ismaniza ni….

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.