Kes harian di Sabah kembali meningkat

4 Feb 2022 • 10:26 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kes harian Covid-19 di Sabah kembali meningkat pada Khamis setelah turun 44 kes Rabu lalu.

Jumlah kes baharu ialah 476 kes, penambahan 30 kes berbanding jumlah semalam, kata jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.

Menurut Masidi, bilangan daerah yang mencatatkan kes dua angka meningkat kepada 12 daerah pada Khamis, berbanding 11 daerah Rabu lepas.

“Hanya tiga daerah yang tidak melaporkan sebarang kes jangkitan baharu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Masidi menambah, daerah Sandakan mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi di Sabah dengan 93 kes iaitu pertambahan 26 kes). Antara daerah lain yang mencatatkan kes positif baharu yang tinggi ialah Kota Kinabalu 77 kes (-10), Penampang 71 kes (+26), Tuaran 44 kes (-5), Tawau 32 kes (-10) dan Ranau 22 kes (-1).

“Jumlah kes baharu yang berpunca dari saringan bergejala, iaitu dalam kalangan mereka yang bergejala kekal tinggi iaitu 232 orang dari jumlah keseluruhan 476 pesakit pada Khamis.

“Angka ini merupakan 48.7 peratus dari jumlah keseluruhan dan lebih tinggi berbanding jumlah kes baharu dalam kalangan kontak rapat yang cuma 39.7 peratus.

Di Sandakan, katanya, 58 daripada 93 kes baharu (62.3 peratus) datang dari saringan bergejala, 33 daripada 77 kes (42.8 peratus) di Kota Kinabalu dan 42 dari 71 kes (59.1 peratus) di Penampang.

Sebanyak 20 kes baharu adalah dari tujuh kluster, katanya.

Sebanyak 469 kes pada Khamis adalah dalam Kategori 1 dan 2, empat kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.

Tiada kes kematian dan kluster baharu dilaporkan pada Khamis.

Sementara itu, bilangan pesakit Covid-19 yang sembuh ialah 260 termasuk yang discaj dari hospital/PKRC.

“Manakala 1,004 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 458 orang di hospital, 538 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 20 orang merangkumi 17 di ICU serta tiga di ward terbuka dan empat orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.