Platform Media Sosial Truth Social Milik Donald Trump Dilancarkan Di Amerika Syarikat

TechnologyDigital
22 Feb 2022 • 9:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Platform media sosial Truth Social yang dimiliki oleh Donald Trump telah dilancarkan secara rasmi di Amerika Syarikat semalam sempena Hari Presiden. Truth Social ialah platform yang menurut Trump adalah sama seperti Twitter tetapi membenarkan kebebasan bersuara yang lebih meluas berbanding pesaing.

image is not available

Aplikasi ditawarkan pada platfrom iOS sahaja terlebih dahulu dengan versi Android akan hadir dalam masa terdekat. Dalam beberapa laporan setakat ini, pengguna menghadapi masalah mendaftarkan akaun baharu dan dimasukkan ke dalam senarai menunggu. Sambutan adalah amat baik dengan Truth Social menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di Amerika Syarikat.

Sejak diharamkan dari Twitter, Facebook, Instagram dan Snapchat Donald Trump melakukan pelbagai percubaan untuk kembali ke media sosial. Dengan Truth Social, beliau akhirnya memiliki platform sendiri tanpa sebarang risiko akaun akan diharamkan.