Wanita maut dikelar dalam pergaduhan

20 Feb 2022 • 9:30 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SERDANG: Seorang wanita maut dipercayai dikelar dalam pergaduhan di premis perniagaannya di Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat pergaduhan di premis perniagaan berkenaan pada 7.25 malam.

“Setibanya anggota polis di lokasi kejadian menemukan mayat wanita berusia 29 tahun itu dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah akibat kesan kelar. Mangsa telah meninggal dunia akibat dikelar,“ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bernama difahamkan mangsa yang mengusahakan perniagaan peti besi keselamatan bagi kediaman dan pejabat itu bergaduh dengan teman lelakinya berkaitan urusan wang.

Menurut Anbalagan, pihaknya sedang mengesan suspek terlibat serta motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved