
Pernah tak anda lihat situasi di mana individu yang mempunyai rupa mempunyai kelebihan berbanding individu yang lain. Inilah apa yang kita panggil beauty privilege atau keistimewaan kecantikan.
Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Mira ada berkongsikan satu video berkenaan beauty privilege yang dialaminya.
“Bila anda tak cantik, anda kena belajar betul-betul, baru orang akan hargai kehadiran anda”, tulis Mira dalam video tersebut.
Video itu turut memperlihatkan Mira yang sedikit sebak dan mengelap air mata ketika berada di satu tempat yang kelihatan seperti perpustakaan.


WhatsApp minta jawapan je
Sambung Mira, ramai yang berkata dia mempunyai ramai rakan. Namun, dia berkata ia adalah sebaliknya. Realitinya, ramai yang hanya mesej gadis ini untuk minta jawapan kepada tugasan kerja mereka.
Perkongsian ini ternyata menyentuh hati ramai wanita di luar sana yang turut pernah mengalami nasib sama.
@meyonise._ “kalau maira pandai mesti ramai orang cari maira” -mak
Ramai Boleh relate!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet tidak kira lelaki mahupun wanita turut bersetuju dengan kenyataan ini dan mengaku mereka pernah terkesan dengan beauty privilege ini.
Pernah kena ejek

“Harus jadi pintar…”

Dibuli di sekolah

Faceshaming sejak 7 tahun

Siapa yang boleh relate dengan situasi di atas?
Kredit: Mira

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




