“Lemah lembut je dia cakap” – Cara Faizal Tahir ‘Handle’ Anak-Anak Tarik Perhatian Ramai

Entertainment
7 Feb 2022 • 1:18 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap yang bergelar ibu bapa pasti akan ‘hadap’ situasi-situasi kelam kabut diwaktu pagi bagi menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah, lebih-lebih lagi selepas cuti persekolahan yang agak panjang.

Pastinya pagi Isnin ramai yang terpaksa layan ‘drama’ anak-anak yang pelbagai contohnya baru nak siapkan kerja sekolah, tak jumpa cari buku, hilang alat tulis dan lain-lain.

Namun, perkongsian penyanyi terkenal Faizal Tahir baru-baru ini sangat berlainan daripada apa yang sering kita gambarkan bila sebut tentang nak ‘siapkan’ anak-anak ke sekolah yang kelihatan agak tenang dan membuatkan ramai terpegun.

image is not available

Mana tidaknya, cara percakapan penyanyi tersebut dengan anak-anak penuh lemah lembut selain diselangi dengan gurauan dan permohonan maaf kerana terlewat.

Dalam masa yang sama, kelihatan juga beliau sempat menegur salah seorang anak perempuannya Malaeka dengan nada yang lembut dan ini sekali lagi telah membuatkan ramai ‘cair’ dengan ketenangan yang ditunjukkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

“Bapak aku dengar jea barang hilang mahu dia kejau aku satu taman”

image is not available

Menerusi ruangan komen, tak kurang juga yang memuji cara Faizal Tahir dalam melayan kerenah anak-anaknya selain ada juga yang sempat ‘throwback’ cara ayah atau mak masing-masing kalau terlambat atau terhilangkan barang satu ketika dulu.

Selain dari itu, ada lagi situasi yang mencuri perhatian ramai apabila Faizal Tahir menegur salah seorang anaknya, Khalid yang hanya berdiam sepanjang perjalanan. Rupa-rupanya, anaknya tersebut telah kehilangan kopiahnya di sekolah dan mungkin berdiam kerana takut dimarahi.

image is not available

Namun, perkara sebaliknya yang berlaku apabila Faizal hanya sekali lagi bercakap dengan tenang supaya anaknya tersebut mencari dahulu kopiahnya di sekolah dan jika tidak ditemukan, dia akan membeli kopiah yang baru kepada anaknya itu.

Memang ‘cool’ betul la dapat abah macam Faizal Tahir ni kan?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.