“Marah vet ke tu”- Aksi Kucing ‘Mengadu’ Pada Tuan Lepas Kena Suntik Buat Ramai Geram

Entertainment
12 Feb 2022 • 10:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Individu yang pelihara haiwan seperti kucing atau anjing mesti tahu kan bahawa binatang kesayangan korang tu perlu disuntik vaksin untuk kesihatan yang baik.

Suntikan macam ni bukan hanya manusia je yang takut, tapi kucing pun sama, cuma kucing ni tak boleh nak bercakap je la. Namun, gelagat seekor kucing ini pula telah mendapat perhatian ramai sebab kecomelannya lepas disuntik.

Baru-baru ini, video aksi kucing itu ‘mengadu’ kepada tuannya akibat terkejut kena suntik telah tular di Twitter dan ramai netizen platform media sosial tersebut yang terhibur dengan gelagatnya.

Rupa-rupanya, video itu pada mulanya telah dimuat naik di TikTok menerusi akaun hospiveteriner yang dipercayai merupakan seorang doktor haiwan.

@mahmutbaransahin

Bu yaptığın kedikanlılığa sığmaz vetoimage is not availableimage is not available#hospiveteriner

♬ orijinal ses – mahmutbaransahin

Dapat dilihat dalam video yang berdurasi hampir seminit itu, doktor haiwan itu pada mulanya telah alihkan perhatian si kucing agar ia dapat disuntik sambil diperhatikan oleh seorang wanita dan seorang lelaki yang dipercayai adalah tuan si comel tersebut.

Lepas je kena suntik, kucing tu pun mengiau panjang dekat doktor tu, mungkin dia marah doktor sebab suntik tanpa pengetahuannya kot.

 

image is not available

Kemudian, kucing tu pun terus mengiau pada tuannya pula, seumpama macam mengadu sebab sakit disuntik.

Sehingga kini, video gelagat kucing mengadu disuntik ini telah meraih sehingga 20.6 juta tontonan di TikTok dan 244K views di Twitter.

image is not available

Rata-rata netizen juga mengatakan gelagat kucing ni comel sangat sebab aksinya sama macam budak mengadu kat mak lepas kena marah.

Selain itu, ada juga netizen lain yang turut berkongsi keletah kucing peliharaan mereka lepas disuntik oleh veterinar.

Kucing korang pulak dah vaksin ke belum?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.