Kenapa Toyota nak masukkan kotak gear pada kenderaan elektrik?

Cars
14 Feb 2022 • 12:15 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Orang-orang tua yang dah biasa memandu kenderaan dengan enjin pembakaran dalam tentu sekali akan berasa kekok bila berhijrah kepada kenderaan elektrik sepenuhnya. Mungkin itulah cabaran yang ingin dirungkaikan Toyota melalui beberapa paten yang difailkan mereka ini.

Pengeluar kereta itu ingin mensimulasikan pengalaman menukar gear yang ada pada kederaan enjin pembakaran dalam kepada kenderaan elektrik.

image is not available
Rajah kekotak transmissi untuk simulasikan kekotak gear

Kalau anda masih belum mengerti, dalam kenderaan elektrik sepenuhnya, tiada kekotak gear hadir kerana tayar digerakkan oleh motor. Kelajuan putaran roda dikawal oleh paras tenaga elektrik yang dibekalkan kepada motor dan bukannya gear.

Disebabkan tiada kekotak gear, Toyota ingin mengawal putaran roda dengan sistem elektronik khas untuk berikan rasa engine braking, pecutan, dan penukaran gear.

image is not available
Tork akan dikawal untuk pengalaman memandu seakan enjin konvensional

Sistem yang dibangunkan Toyota menganalisis putaran roda mengawal selianya dengan tenaga yang diperah daripada bateri kenderaan sebelum ia dialirkan kepada motor.

Sumber: TheDrive